Modul ini akan menerangkan tentang pemahaman asas mengenai prinsip privasi data untuk diaplikasikan dalam mengendalikan maklumat peribadi yang telah diamanahkan kepada kita oleh pelanggan, pekerja, dan individu yang berurusan dalam perniagaan harian. Pemahaman ini akan membantu anda sebagai pemilik proses untuk mengaplikasikan amalan baik dan langkah-langkah memelihara maklumat yang syarikat anda telah tetapkan, atau mengenal pasti bahagian yang memerlukan langkah-langkah tersebut. Ini memastikan syarikat anda akan mematuhi peraturan perlindungan maklumat peribadi.