Modul ini bertujuan untuk memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan proliferasi. Mitos dan tanggapan salah mengenai kegiatan haram ini akan dibongkarkan dengan meneroka kaedah dan teknik yang berbeza yang digunakan oleh penjenayah. Penekanan juga diberikan kepada tindak balas global dan domestik dalam memerangi penjenayah dan kegiatan ini. Selain itu, anda akan dipertingkatkan pengetahuan mengenai pelbagai kesan sosial dan ekonomi daripada kegiatan jenayah ini.